Saya terjumpa info ni...harap dapat membantu kita berbelanja secara berhemah...insya Allah...bukan kedekut tapi biarlah kita hidup bersederhana, walau pun ada segelintir yang tak berapa kisah dan berkira dalam bab makan...saya juga mula terpikir dan flashback mana pergi duit belanja setiap bulan bila calculate balik banyak habis kat tang makan..dan kadang2 overspend....sy mohon maaf jika ada yang tak bersetuju... saya juga cuba untuk mencontohi ibu saya ROKIAH MOHD RAIS, beliau cekal dan tabah dalam membesar kan kami adik beradik seramai 6 orang, orang dulu tahu2 lah...macam2 kerja depa buat, ambil upah cuci kain, menoreh getah, sebelum tu pernah juga my mom bekerja di mimaland..ayah bawak lori hanta simen sana sini, kalau jatuh sakit, diberhentikan kerja..semakin meningkat usia kami mak pulak ambil inisiatif jaga anak orang, lgpun nk mbesarkan kami sendiri depan mata...kebanyakan orang dulu2 mmg camtu kan...TAPIIIII....saya sangat respect ibu sy, tanpa ada kerja tetap, dia mampu PERGI HAJI, BUAT UMRAH, BELI RUMAH dan BINA RUMAH sendiri di tengah bandar Kuala Lumpur.tiada tanah kebun, tanah sawah, atau apa2 pun.. mungkin agak berbeza zaman meraka dan zaman kita tapi kita pasti BOLEH mengharungi dunia yang kian mencabar....mak mmg seorang yang berjimat cermat dan sgt marah jika ank2nya membazir dan belanja luar serta beli perkara yang tak berfaedah.
hurmmm touching la pulak...sorry guys
so ni nak cerita macam mana berbelanja RM10 dalam sehari untuk 4 orang?
Sejak kenaikan harga minyak dan macam-macam barang naik ni, saya mendengar pelbagai keluhan dan ketidak puasan hati. Marhaen macam kita ni memang terjejas. Kalau tak banyak, sikit mesti ada kesannya.
Maka bermulalah projek RM10 ini
Saya meminta jasa baik anda supaya membaca keseluran entri ini supaya
tidak berlaku prejudis atau seumpama dengannya. Jika kesuntukan masa,
baca bahagian permulaan, fakta Projek RM10 dan kesimpulan, ok?
PERMULAAN
Saya tertarik dengan satu status senior saya kerana beliau berbelanja hanya RM50 utk seminggu. Bila diselidiki, resepi beliau kebanyakkannya menggunakan telur, kentang dan bubur. Saya tertanya, jika saya masih mahu menu yang lengkap, masih mahu makan ikan dan ayam, adakah budget ini boleh dilaksanakan?
OBJEKTIF
- Mengetahui samaada RM10 mencukupi untuk digunakan dalam tempoh 5 hari
- Membantu mereka yang kekurangan budget untuk menyusun budget mereka
- Menyediakan alternatif hidangan yg boleh dimasak dengan budget yang terhad
- Memberikan keyakinan bahawa kita masih mampu makan hidangan lengkap dengan budget terhad
- Memberi peluang untuk muhasabah diri
FAKTA PROJEK
Biaya: RM50 untuk 5 hari bermakna RM10 secara purata untuk setiap hari
Tarikh: Bermula pada 30 September 2013 (Isnin) dan berakhir pada 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Barangan: Semua bahan masakan untuk sarapan, makan tengari dan makan malam. Ini tidak termasuk gas, pencuci pinggan, tisu atau barangan lain yang tidak berbentuk makanan.
Jumlah ahli: 1 keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak berumur 4 tahun dan 2 tahun
Lokasi: Putrajaya
Lokasi pembelian: Pasaraya Mydin* dan kedai runcit berhampiran rumah
Nota*: Barangan yang saya beli di Pasaraya Mydin adalah hampir sama harganya dengan pasaraya lain dan tidak ketara murah pada harga. Contoh, ayam dan telur di Pasaraya Aeon adalah jauh lebih murah. Faktor utama saya ke Pasaraya Mydin kerana ianya dibuka awal iaitu pada jam 9 pagi.
BAHAN-BAHAN
Roti RM2.40
Telur Ayam Kampung 10biji RM4.19
Telur biasa 5biji RM2.00
Bawang besar RM0.50
Bawang Putih RM0.30
Bawang Merah RM0.63
Bawang Merah tambahan RM0.20
Halia RM0.34
Tepung 1kg RM1.35
Lobak merah RM0.73
Bunga Kobis RM1.51
Brocolli RMRM1.74
Kacang Panjang RM1.44
Ayam 2 ketul RM4.41
Ayam 2 ketul RM4.32
Ayam 1 ketul RM1.97
Ikan bilis RM2.26
Ikan talapia 2 ekor RM2.59
Ikan gelama 3 ekor RM2.96
Kentang RM1.28
Tofu telur RM0.60
Tempe RM0.90
Cili kering RM0.43
Minyak RM1.12*
Kicap RM0.40*
Asam Jawa RM1.20*
Belacan RM0.20*
Gula RM0.40*
Cili Padi RM0.20*
Daun limau kasturi RM0.10*
Sos tomato RM0.30*
Sos cili RM0.47*
Rempah RM0.50*
Kunyit RM0.10*
Garam RM0.10*
Beras RM1.68*
Kicap RM0.40*
JUMLAH: RM46.22
Nota: Semua barangan yang bertanda (*) adalah dibeli secara pukal dan dikira harganya untuk kegunaan 5 hari sahaja. Sebagai contoh, beras super special tempatan berharga RM13.50 untuk 5 kilogram. Bagi keluarga kami, ianya bertahan selama 40 hari. RM13.50/40 x 5 hari = RM1.68. Sebotol sos cili berharga RM2.80 mampu bertahan selama 30 hari. RM2.80/30 x 5 hari = RM0.47
Sebenarnya terdapat beberapa barangan yang masih berbaki yang tidak habis saya gunakan sepanjang tempoh 5 hari. Antara barangan yang masih berbaki:
- Kentang
- Brocolli
- Lobak merah
- Kobis bunga
- Ikan bilis
Saya berhasrat mahu meneruskan projek hingga hari ke-7 namun tidak kesampaian kerana terdapat majlis pada hari Sabtu 5 Oktober 2013.
HIDANGAN SELAMA 5 HARI
Terdapat beberapa perkara utama yang saya pertimbangkan sewaktu memilih resepi. Anak-anak saya gemarkan sup dan hampir setiap hari memerlukan sup. Atau sup boleh digantikan dengan ayam. Anak sulung saya pula hampir mahukan telur dadar setiap hari.
Jika anda mempunyai kriteria serupa, pilihlah utamakan menu anak anda kemudian sesuaikan budget utk menu anda dan pasangan. Ianya nampak sukar pada permulaan tetapi sebenarnya boleh dicuba dan dilakukan :)
Berikut adalah menu-menu yang disediakan sepanjang projek ini berlansung:
ISNIN
Sarapan - Pancake
Makan tengahari dan makan malam - Ayam goreng, sup sayur bening, telur dadar dan kentang tempe sambal

SELASA
Sarapan - Cucur kentang
Makan tengahari dan makan malam - Ikan talapia goreng dengan air asam, sup tofu telur dengan kentang dan telur dadar
RABU
Sarapan - Roti telur
Makan tengahari dan makan malam - Bubur carrot dan telur
KHAMIS
Sarapan - Cucur ikan bilis
Makan tengahari dan makan malam - Ayam masak merah, sayur campur dan ayam pop corn
JUMAAT
Sarapan - Nasi Goreng
Makan tengahari dan makan malam - Telur dadar, sup ayam dan ikan gelama goreng
Menu ini kebanyakkan habis dimakan. Terdapat beberapa kes dimana ianya
tidak mampu dihabiskan dan disimpan di peti sejuk untuk digunakan pada
keesokan harinya.
KESIMPULAN
Terdapat beberapa jenis kategori barangan dalam kehidupan kita. Ada yang
berbentuk kehendak, ada yang keperluan dan ada yang untuk kemewahan.
Dalam sudut makanan, ianya pada asasnya berbentuk keperluan namun boleh
bertukar menjadi kehendak dan kemewahan pada masa tertentu.
Projek RM10 ini adalah untuk membantu mereka yang meletakkan makanan
lengkap sebagai satu keperluan namun memiliki budget yang rendah dan
terhad. Projek ini tidak dapat membantu mereka yang mempunyai selera
atau kehendak mewah untuk makanan berkos tinggi.
Saya berharap saya dapat membantu golongan tertentu untuk menyusun
budget mereka dan mencuba Projek 10 ini. Sejauh mana sekalipun kita
tidak puas hati, kecewa dan dukacita, kita jugalah yang perlu bangkit
dan menyelesaikan masalah yang ada
Semoga ada manfaat dari Projek tak seberapa ini
Love,
Credit to:SalwaSalleh.com








No comments:
Post a Comment