Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Tuesday, 8 October 2013

Bayi saya 9 bulan susah minum susu dan tak mahu makan dan cara menanganinya.

Selamat pagi..

Sudah berbulan-bulan saya runsing memikirkan anak kesayangan kami susah sangat nk minum susu dan makan. dia baru 9 bulan dan berat hanya 6.1kg...dah cecah line kuning..
bila di suakan susu kemulutnya dia buat-buat muntah.
nasi di lenyek dengan sup pn setakat 2-3 suap lepas tu nak main.

Pelbagai resepi dah cuba...kalau ada bau carrot dlm makanan dia lagi jangan harap lah....ibu dia ni bagai tunggu bulan jatuh ke riba nak tunggu suap kt dia. n pandai lak tu mcm tau-tau ada carrot .
pernah saya bertemu dengan doktor, kata doktor tu selagi anak kita aktif tiada apa yang perlu dirisaukan...
lega sikit rasanya...dan doktor sarankan sy berat badan bayyi 9 bulan sekurang2nya 6.3kg..KATANYA...

Tapi saya cuba mencari alternatif lain juga, nak beri mealshake umur dia belum cukup setahun lagi.
dan sy berkunjung ke farmasi dan mendapatkan nasihat farmacist untuk consume appeton with lysine.
Alhamdulillah sudah lebih kurang 2 minggu cukup time kalau sua susu pun tak da buat-buat muak macam nak muntah tu.dan badan dia dah terasa berisi sikit... mudah2an lagi sebulan berseleralah wahai yasmeen..


So kita tunggu lagi sebulan tengok apa perubahan pada yasmeen ni...naik kah turun kah..

No comments:

Post a Comment