Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Sunday, 13 October 2013

Teh Hijau Untuk Kurus dan Cantik

Salam pembaca, 

Suka minum teh hijau? Atau pun memang penggemar tegar teh hijau? Macam saya memang suka minum teh hijau. Setiap kali pergi Sushi King atau Teppanyaki minuman yang saya pesan mesti teh hijau panas (kurang suka minum ais).  Sebabnya air boleh refill.. haha…. Eh tak lah.. Saya suka kan teh hijau nie sebab boleh hilangkan rasa seasoning dalam makanan dan yang penting saya tau minuman teh hijau ni memang baik untuk kesihatan. Jom kita tengok apa kebaikan minuman teh hijau ni.
teh hijau

11 Kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan.

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung

Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan

4. Kanser

Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol

Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.

Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.

Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau boleh memusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.

Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.

Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.

‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.

Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.
Sumber: Lifehack.org

Walaupun ada setengah orang tak leh terima hakikat akan rasa teh hijau tanpa gula yang rasa pahit-pahit dan bau daun teh, tapi korang tetap kene terima hakikat bahawa  teh hijau memang  bagus untuk kesihatan . Hehe…

Review  Teh Hijau Jepun Sen Cha

 green tea

Saya pernah beli teh hijau jenama lain sebelum nie. Minum sekali terus tak lalu. Bukan apa, rasanya memang tak sedap. Bila check balik teh hijau apa yang digunakan rupa-rupa nya ialah teh hijau china. Jadi teh hijau tu pun masuk ke tong sampah selepas di peram sampai expired.. haha…

Kebetulan jalan-jalan di Jusco Mid Valley ada promosi pasal teh hijau nie. Jadi promoter pun bagilah rasa yang sejuk dan yang panas. Bila dah rasa terus saya pun beli satu kotak . Rasanya memang sama macam dekat Sushi King. Satu kotak ada 50 paket, harga RM25. Yang penting ada pengesahan HALAL!  Sen Cha Japanese Green Tea  memang sedap dan kena dengan anak tekak saya.. Hehehe… 

Kalau nak tau Sen Cha Japanese Green Tea juga boleh di beli secara online. Tak payah lah saya pening nak cari kalau dah habis stok.

Jom minum teh hijau untuk sihat, kurus dan cantik..!

TERIMA KASIH CHEQ KEM.

No comments:

Post a Comment