Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Sunday, 13 October 2013

Teh Hijau Untuk Kurus dan Cantik

Salam pembaca, 

Suka minum teh hijau? Atau pun memang penggemar tegar teh hijau? Macam saya memang suka minum teh hijau. Setiap kali pergi Sushi King atau Teppanyaki minuman yang saya pesan mesti teh hijau panas (kurang suka minum ais).  Sebabnya air boleh refill.. haha…. Eh tak lah.. Saya suka kan teh hijau nie sebab boleh hilangkan rasa seasoning dalam makanan dan yang penting saya tau minuman teh hijau ni memang baik untuk kesihatan. Jom kita tengok apa kebaikan minuman teh hijau ni.
teh hijau

11 Kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan.

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung

Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan

4. Kanser

Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol

Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.

Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.

Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau boleh memusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.

Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.

Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.

‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.

Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.
Sumber: Lifehack.org

Walaupun ada setengah orang tak leh terima hakikat akan rasa teh hijau tanpa gula yang rasa pahit-pahit dan bau daun teh, tapi korang tetap kene terima hakikat bahawa  teh hijau memang  bagus untuk kesihatan . Hehe…

Review  Teh Hijau Jepun Sen Cha

 green tea

Saya pernah beli teh hijau jenama lain sebelum nie. Minum sekali terus tak lalu. Bukan apa, rasanya memang tak sedap. Bila check balik teh hijau apa yang digunakan rupa-rupa nya ialah teh hijau china. Jadi teh hijau tu pun masuk ke tong sampah selepas di peram sampai expired.. haha…

Kebetulan jalan-jalan di Jusco Mid Valley ada promosi pasal teh hijau nie. Jadi promoter pun bagilah rasa yang sejuk dan yang panas. Bila dah rasa terus saya pun beli satu kotak . Rasanya memang sama macam dekat Sushi King. Satu kotak ada 50 paket, harga RM25. Yang penting ada pengesahan HALAL!  Sen Cha Japanese Green Tea  memang sedap dan kena dengan anak tekak saya.. Hehehe… 

Kalau nak tau Sen Cha Japanese Green Tea juga boleh di beli secara online. Tak payah lah saya pening nak cari kalau dah habis stok.

Jom minum teh hijau untuk sihat, kurus dan cantik..!

TERIMA KASIH CHEQ KEM.

Saturday, 12 October 2013

SET KEHAMILAN


SET KEHAMILAN TRIMESTER 1

TAHAN 4-6 bulan
120 tabs of Vita-Lea
120 tabs of B Complex
180 tabs of Vita-C
120 tabs of OsteMatrix

FUNGSI VITAMIN-VITAMIN INI:
Vita-Lea Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.


CARA PENGAMBILAN:

PAGI
1 tab Vita-Lea (Vita-Lea ialah multivitamin, tak perlu ambil obimin),
1 tab B Complex (Tidak perlu ambil asid folik berasingan kerana B complex  ini telah lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik.)

TENGAHARI
1 tab Vita-C (Meningkatkan atau menguatkan antibody, sumber kolagen yang asli membantu mengurangkan stretch mark)

MALAM 
4 tabs OsteMatrix (Memenuhi 1000mg kerpuan calsium harian. Setiap biji mengandungi 250mg calsium. Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg calsium sehari untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat khususnya untuk bayi. Sekiranya si ibu sudah mengambil susu penuh kalsium sehari, 2 biji Ostematrix sudah mencukupi)

HARGA:

RM220.00 TERMASUK CAJ PENGHANTARAN

COD pun diterima area PUCHONG 

 

SET KEHAMILAN TRIMESTER 2 & 3

TAHAN 4-6 bulan
120 tabs of Vita-Lea
120 tabs of B Complex
180 tabs of Vita-C
120 tabs of OsteMatrix
 90 tabs of Omega Guard

FUNGSI VITAMIN-VITAMIN INI:

Vita-Lea Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

CARA PENGAMBILAN:

PAGI
1 tab of Vita-Lea (Vita-Lea ialah multivitamin, tak perlu ambil obimin),

1 tab of B Complex (Tidak perlu ambil asid folik berasingan kerana B complex  ini telah lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik.)
TENGAHARI
1 tab of Vita-C (Meningkatkan atau menguatkan antibody, sumber kolagen yang asli membantu mengurangkan stretch mark),
1 tab of OmegaGuard (DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk si ibu, ianya membantu mengawal paras kolestrol si ibu. Pengambilan DHA lain tidak diperlukan sekiranya si ibu mengambil Omega contohnya, Neuro Gain) 

MALAM 
4 tabs of OsteMatrix (Memenuhi 1000mg kerpuan calsium harian. Setiap biji mengandungi 250mg calsium. Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg calsium sehari untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat khususnya untuk bayi. Sekiranya si ibu sudah mengambil susu penuh kalsium sehari, 2 biji Ostematrix sudah mencukupi),

1 table spoon of ESP (ESP memberikan tenaga yang berterusan, mencantikkan kulit dan mengurangkan stretch mark)

HARGA:

RM340.00 TERMASUK CAJ PENGHANTARAN

COD pun diterima area PUCHONG
 

Friday, 11 October 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

Vita-Lea Iron (120 biji)

Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.Sepanjang berpantang memang kita harus menjaga pemakanan..tak boleh makan makanan yang gatal, berangin dan  sejuk..VITA-LEA SHAKLEE membantu kita untuk mendapatkan nutrien penting yang tiada sepanjang tempoh berpantang..

B Complex (120 biji)

Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.B-complex sangat membantu sepanjang berpantang..memberi rasa segar dan kurang rasa letih..anda akan dapat rasai perbezaannya..walaupun saya kurang tidur pada waktu malam sebab baby menangis nak menyusu, saya rasa kurang letih dan kurang rasa mengantuk waktu siang..seronokk bila dapat melayan orang baru bila kita dalm keadaan cergas mood sentiasa HAPPY!!.

Vita-C (180 biji)

Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.Luka kat perut saya cepat kering..malah muka saya dahulu teruk dengan kesan jerawat tetapi sejak mengambil Vita-C semakin berkurangan.

Zinc (120 biji)

Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin. Pengambilan zinc buat luka sembuh..masa mula lepas kuar wad, bongkok jugak la saya masa berjalan.. yela nak menahan sakit kat perut..tapi dalam masa seminggu saya dah boleh berjalan cam biasa..dah tak bongkok lagi..zinc shaklee memang bagus sangat..

Ada 3 lagi yang paling best saya ambil, Alfalfa untuk membanyakkan susu badan, ESP sebagai sumber protein dan memekatkan susu badan serta memberikan susu ibu lebih pekat agar bayi lebih cepat kenyang ini sekaligus memberi peluang kepada ibu untuk kumpul stok EBM lebih awal.

Alfalfa (330biji)

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Membantu dalam memekatkan susu dan 
menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Baby cepat rasa kenyang sebab susu  akan jadi pekat berkrim.ia turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan 
membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung..Baby akan lena tidurnya..dan yang paling best di waktu pejabat saya membuat power pumping dan menghasilkan susu yang 
banyak..*Alhamdulillah*

KALAU TAK SUKA MINUM SUSU AMBILLAH OSTEMATRIX

OsteMatrix (120 biji) - Sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.Bagi yang tidak suka minum susu maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Juga boleh mengurangkan sakit di sendi lutut.


Anda tak perlu pening-pening memikirkan set bersalin yang sesuai dan ekonomi, dan menilai antara jamu itu jamu ini. Dapatkan set bersalin/berpantang Shaklee, dengan harga yang cukup murah (Set ini sebotol = 4 bulan...jimatkan!!) dan cukup bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru.

Berminat untuk Berpantang dengan Set berpantang/penyusuan Shaklee
1- Vita-Lea Iron Formula
2- B Complex
3- Vita-C 
4- Zinc
5- Alfalfa, ESP & Ostematrix

PM saya for best price!!



Ruby Tajudin
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 1020058
Email: shakleeshopmurah@gmail.com
Web: http://mummyasmeen.blogspot.com
FB: https://www.facebook.com/pages/Vitamin-shaklee-murah/377286415738126
SMS/Whatsapp : 013-3991896

RAKYAT MALAYSIA PALING RAMAI GEMUK? JOM KURUS DENGAN SHAKLEE MURAH

Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai antara paling gemuk di rantau Asia, dan ia satu trend membimbangkan kerana boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit kronik di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan Malaysia menduduki tangga keenam mengalami masalah kegemukan selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait dan Jordan.

"Malaysia menjadi negara yang mempunyai penduduk paling ramai mengalami masalah kegemukan di rantau ini (Asia) dan ini satu trend amat membimbangkan.


"Masalah ini semakin meningkat dan ia boleh mengancam nyawa rakyat di negara ini. Jika ia tidak ditangani, penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan tahap kolestrol tinggi akan terus meningkat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke-9 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Liow berkata, pada mesyuarat itu, MKMPK turut berbincang pendekatan terbaik menerapkan gaya hidup dan cara pemakanan sihat rakyat negara ini.

"Kalau kita lihat cara pemakanan rakyat kita sekarang ini, saya khuatir kerana lebih kepada minyak dan makanan bergoreng, semuanya bertambah lemak.

"Kalau makan daging lebih dari sayur atau buah-buahan, makanan ini semua menyebabkan kita bertambah gemuk setiap hari. Jadi, hari ini kita membincangkan panjang lebar termasuk bagaimana mengadakan program bulan nutrisi bagi memperkasa rakyat mengenai ilmu kesihatan dan kemahiran kesihatan...ini semua penting.

"Pada masa sama, saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek kesihatan, bermakna kita mula dari muda sejak tingkatan satu belajar mengenai kesihatan," katanya.

Mengenai bakteria `superbug', beliau berkata Bahagian Keselamatan Makanan kementerian akan menerajui pasukan kerja berkaitan `superbug' di antara kementerian bagi memastikan bakteria itu tidak terdapat dalam makanan di negara ini.

"Kita akan mengadakan satu rangka kerja komprehensif untuk mengawal `superbug' dalam rantaian makanan dan semua agensi perlu mengkaji semula perundangan dan garis panduan berkaitan kelulusan dan penggunaan ubat veterina.

"Kita akan mengkaji dan bekerjasama dengan semua jabatan berkaitan, malah kita yakin dapat mengawal denan baik. Malah, sehingga kini tiada kes yang dilaporkan, tetapi pada masa sama kita kena mengawal dulu penularannya sebelum terlambat," katanya.

Oleh Hayati Ibrahim

JOM KURUS DAN SIHAT DENGAN SHAKLEE HARGA SET KURUS UNTUK 2-3 BULAN HANYA RM250.00 SAHAJA TERMASUK POST.


HUBUNGI SAYA!!

Ruby Tajudin
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 1020058
Email: shakleeshopmurah@gmail.com
Web: http://mummyasmeen.blogspot.com
FB: https://www.facebook.com/pages/Vitamin-shaklee-murah/377286415738126

SMS/Whatsapp : 013-3991896

Thursday, 10 October 2013

SET BAJET MENYUSU


paling hot!!!
bajet RM 100 plus plus..
Alfalfa + ESP tahan 2-3 bulan..



Alfalfa ialah milk booster (makanan penambah susu) yang telah digunakan sejak turun-temurun di Amerika Selatan. Ia adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.

*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.

Walau bagaimanapun, haruslah diketahui oleh para ibu yang sedang mencari bantuan untuk menambah susu badan… Cara yang paling berkesan untuk membanyakkan susu badan ialah membanyakkan stimulasi (pam dan direct feeding). Sekiranya anda mengambil set Breastfeeding ini, anda harus melakukan langkah-langkah tersebut untuk menggalakkan dan merangsang susu anda. Walau anda makan milk booster terbaik di dunia pun, jika anda tak pam dan jarang direct, sama saja.. tak ada kesan.

ESP membantu memekatkan susu ibu dan sumber protein terbaik untuk pertumbuhan tisu badan.. dannn pembekal tenaga segera

banyak info menarik nak share nnti i update lg

WORRY no more bcz SHAKLEE HALAL
tq sifu lyna for info

Tuesday, 8 October 2013

HERBALIFE VS SHAKLEE

HERBALIFE vs SHAKLEE

wink* wink*

Pening sekejap bila cik ruby ni nak pk mana satu cik ruby nak ambik....

memandangkan berat naik mendadak dari 63kg ke 85kg lepas bersalinkan yasmeen.

dulu masa berpantang dan yasmeen menyusu badan cik ruby dapat lah turunkan berat badan sampai 73kg.

Tapi habis ja pantang semua benda pantang jumpa...hahaha... macam orang tak dapat makanan sedap2 dah 10 tahun gitu.


Salam,
Saya ingin bertanya boleh tak kalau saya ambil supplement (herbalife) & fat burner serentak? Di mana pada waktu pagi saya sarapan dgn herbalife kemudian pada waktu tengah hari saya makan dan ambil alfalfa serta lecithin sebagai fat burner dan remove toxin? Terima Kasih..

Jawapan:
Ya, boleh kerana apa? kerana herbalife adalah protein. meal replacement. sebab tu kalau dah makan herbalife jangan makan benda lain lagi walaupun hanya roti, roti tinggi karbo ye...so kalau tidak dah jadi double makanan yang kita ambik..

Fungsi lecithin
1.Pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.
2.Mengemulsikan lemak (memecahkan lemak).
3.Penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan.
 
Fungsi alfalfa
selain berfungsi sebagai
1.Milk booster akan tetapi banyak lagi khasiat lain dalam proses penurunan berat badan.
2.Mencuci usus bagi membuang toksik.

so lebih kurang gini lah kesimpulannya..

BAKAR --------------> BUANG------------->BINA
(LECITHIN)             (ALFALFA)               (ESP BOLEH /HERBALIFE PON BOLEH)

P/S sebenarnya dah terbeli stok herbalife dah lama sayang pulak tak minum...lepas ni nak makan esp sebab esp shaklee lagi murah... boleh tahan 2 bulan...


OK sebulan lagi kita tgk apa result turun ke tidak beratku ini...


sumber maklumat di ambil dari laman web mr. kevin zahari..dan diolah oleh cik Rubi sendiri...


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bayi saya 9 bulan susah minum susu dan tak mahu makan dan cara menanganinya.

Selamat pagi..

Sudah berbulan-bulan saya runsing memikirkan anak kesayangan kami susah sangat nk minum susu dan makan. dia baru 9 bulan dan berat hanya 6.1kg...dah cecah line kuning..
bila di suakan susu kemulutnya dia buat-buat muntah.
nasi di lenyek dengan sup pn setakat 2-3 suap lepas tu nak main.

Pelbagai resepi dah cuba...kalau ada bau carrot dlm makanan dia lagi jangan harap lah....ibu dia ni bagai tunggu bulan jatuh ke riba nak tunggu suap kt dia. n pandai lak tu mcm tau-tau ada carrot .
pernah saya bertemu dengan doktor, kata doktor tu selagi anak kita aktif tiada apa yang perlu dirisaukan...
lega sikit rasanya...dan doktor sarankan sy berat badan bayyi 9 bulan sekurang2nya 6.3kg..KATANYA...

Tapi saya cuba mencari alternatif lain juga, nak beri mealshake umur dia belum cukup setahun lagi.
dan sy berkunjung ke farmasi dan mendapatkan nasihat farmacist untuk consume appeton with lysine.
Alhamdulillah sudah lebih kurang 2 minggu cukup time kalau sua susu pun tak da buat-buat muak macam nak muntah tu.dan badan dia dah terasa berisi sikit... mudah2an lagi sebulan berseleralah wahai yasmeen..


So kita tunggu lagi sebulan tengok apa perubahan pada yasmeen ni...naik kah turun kah..

PANDUAN DAN LANGKAH UNTUK ATASI ANAK TIADA SELERA MAKAN.


Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak kurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumber protein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenital juga merupakan masalah kekurangan berat badan.

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• Menjejaskan kecerdasan otak
• Mengganggu pertumbuhan fizikal
• Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• Mudah dijangkiti penyakit


Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.

• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.

• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.

• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.


Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:

• Terlalu banyak bermain
• Tiada kawan
• Masalah kesihatan
• Masalah gigi rosak
• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:

• Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• Makan bersama-sama rakan sebaya.
• Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• Elakkan dari memarahi anak semasa makan.


Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Monday, 7 October 2013

Bahaya minum air masak berlebihan

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.



Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air
Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

BELANJA SEHARI RM10 UNTUK 4 ORANG... DAPAT APA?

Assalamualaikum wbt


Saya terjumpa info ni...harap dapat membantu kita berbelanja secara berhemah...insya Allah...bukan kedekut tapi biarlah kita hidup bersederhana, walau pun ada segelintir yang tak berapa kisah dan berkira dalam bab makan...saya juga mula terpikir dan flashback mana pergi duit belanja setiap bulan bila calculate balik banyak habis kat tang makan..dan kadang2 overspend....sy mohon maaf jika ada yang tak bersetuju... saya juga cuba untuk mencontohi ibu saya ROKIAH MOHD RAIS, beliau cekal dan tabah dalam membesar kan kami adik beradik seramai 6 orang, orang dulu tahu2 lah...macam2 kerja depa buat, ambil upah cuci kain, menoreh getah, sebelum tu pernah juga my mom bekerja di mimaland..ayah bawak lori hanta simen sana sini, kalau jatuh sakit, diberhentikan kerja..semakin meningkat usia kami mak pulak ambil inisiatif jaga anak orang, lgpun nk mbesarkan kami sendiri depan mata...kebanyakan orang dulu2 mmg camtu kan...TAPIIIII....saya sangat respect ibu sy, tanpa ada kerja tetap, dia mampu PERGI HAJI, BUAT UMRAH, BELI RUMAH dan BINA RUMAH sendiri di tengah bandar Kuala Lumpur.tiada tanah kebun, tanah sawah, atau apa2 pun.. mungkin agak berbeza zaman meraka dan zaman kita tapi kita pasti BOLEH mengharungi dunia yang kian mencabar....mak mmg seorang yang berjimat cermat dan sgt marah jika ank2nya membazir dan belanja luar serta beli perkara yang tak berfaedah.

hurmmm touching la pulak...sorry guys

so ni nak cerita macam mana berbelanja RM10 dalam sehari untuk 4 orang?

Sejak kenaikan harga minyak dan macam-macam barang naik ni, saya mendengar pelbagai keluhan dan ketidak puasan hati. Marhaen macam kita ni memang terjejas. Kalau tak banyak, sikit mesti ada kesannya.



Maka bermulalah projek RM10 ini
Saya meminta jasa baik anda supaya membaca keseluran entri ini supaya tidak  berlaku prejudis atau seumpama dengannya. Jika kesuntukan masa, baca bahagian permulaan, fakta Projek RM10 dan kesimpulan, ok?
PERMULAAN

Saya tertarik dengan satu status senior saya kerana beliau berbelanja hanya RM50 utk seminggu. Bila diselidiki, resepi beliau kebanyakkannya menggunakan telur, kentang dan bubur. Saya tertanya, jika saya masih mahu menu yang lengkap, masih mahu makan ikan dan ayam, adakah budget ini boleh dilaksanakan?


OBJEKTIF


  • Mengetahui samaada RM10 mencukupi untuk digunakan dalam tempoh 5 hari
  • Membantu mereka yang kekurangan budget untuk menyusun budget mereka
  • Menyediakan alternatif hidangan yg boleh dimasak dengan budget yang terhad
  • Memberikan keyakinan bahawa kita masih mampu makan hidangan lengkap dengan budget terhad
  • Memberi peluang untuk muhasabah diri 



FAKTA PROJEK

Biaya: RM50 untuk 5 hari bermakna RM10 secara purata untuk setiap hari
Tarikh: Bermula pada 30 September 2013 (Isnin) dan berakhir pada 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Barangan: Semua bahan masakan untuk sarapan, makan tengari dan makan malam. Ini tidak termasuk gas, pencuci pinggan, tisu atau barangan lain yang tidak berbentuk makanan.
Jumlah ahli: 1 keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak berumur 4 tahun dan 2 tahun
Lokasi: Putrajaya
Lokasi pembelian: Pasaraya Mydin* dan kedai runcit berhampiran rumah


Nota*: Barangan yang saya beli di Pasaraya Mydin adalah hampir sama harganya dengan pasaraya lain dan tidak ketara murah pada harga. Contoh, ayam dan telur di Pasaraya Aeon adalah jauh lebih murah. Faktor utama saya ke Pasaraya Mydin kerana ianya dibuka awal iaitu pada jam 9 pagi.



BAHAN-BAHAN 


Roti RM2.40
Telur Ayam Kampung 10biji RM4.19
Telur biasa 5biji RM2.00
Bawang besar RM0.50
Bawang Putih RM0.30
Bawang Merah RM0.63
Bawang Merah tambahan RM0.20
Halia RM0.34
Tepung 1kg RM1.35
Lobak merah RM0.73
Bunga Kobis RM1.51
Brocolli RMRM1.74
Kacang Panjang RM1.44
Ayam 2 ketul RM4.41
Ayam 2 ketul RM4.32
Ayam 1 ketul RM1.97
Ikan bilis RM2.26
Ikan talapia 2 ekor RM2.59
Ikan gelama 3 ekor RM2.96
Kentang RM1.28
Tofu telur RM0.60
Tempe RM0.90
Cili kering RM0.43
Minyak RM1.12*
Kicap RM0.40*
Asam Jawa RM1.20*
Belacan RM0.20*
Gula RM0.40*
Cili Padi RM0.20*
Daun limau kasturi RM0.10*
Sos tomato RM0.30*
Sos cili RM0.47*
Rempah RM0.50*
Kunyit RM0.10*
Garam RM0.10*
Beras RM1.68*
Kicap RM0.40*

JUMLAH: RM46.22


Nota: Semua barangan yang bertanda (*) adalah dibeli secara pukal dan dikira harganya untuk kegunaan 5 hari sahaja. Sebagai contoh, beras super special tempatan berharga RM13.50 untuk 5 kilogram. Bagi keluarga kami, ianya bertahan selama 40 hari. RM13.50/40 x 5 hari = RM1.68. Sebotol sos cili berharga RM2.80 mampu bertahan selama 30 hari. RM2.80/30 x 5 hari = RM0.47

Sebenarnya terdapat beberapa barangan yang masih berbaki yang tidak habis saya gunakan sepanjang tempoh 5 hari. Antara barangan yang masih berbaki:

- Kentang
- Brocolli
- Lobak merah
- Kobis bunga
- Ikan bilis

Saya berhasrat mahu meneruskan projek hingga hari ke-7 namun tidak kesampaian kerana terdapat majlis pada hari Sabtu 5 Oktober 2013.



HIDANGAN SELAMA 5 HARI

Terdapat beberapa perkara utama yang saya pertimbangkan sewaktu memilih resepi. Anak-anak saya gemarkan sup dan hampir setiap hari memerlukan sup. Atau sup boleh digantikan dengan ayam. Anak sulung saya pula hampir mahukan telur dadar setiap hari.

Jika anda mempunyai kriteria serupa, pilihlah utamakan menu anak anda kemudian sesuaikan budget utk menu anda dan pasangan. Ianya nampak sukar pada permulaan tetapi sebenarnya boleh dicuba dan dilakukan :)

Berikut adalah menu-menu yang disediakan sepanjang projek ini berlansung:


ISNIN

Sarapan - Pancake
Makan tengahari dan makan malam - Ayam goreng, sup sayur bening, telur dadar dan kentang tempe sambal




































SELASA
Sarapan - Cucur kentang
Makan tengahari dan makan malam - Ikan talapia goreng dengan air asam, sup tofu telur dengan kentang dan telur dadar


















RABU
Sarapan - Roti telur
Makan tengahari dan makan malam - Bubur carrot dan telur




























KHAMIS
Sarapan - Cucur ikan bilis
Makan tengahari dan makan malam - Ayam masak merah, sayur campur dan ayam pop corn





















JUMAAT
Sarapan - Nasi Goreng
Makan tengahari dan makan malam - Telur dadar, sup ayam dan ikan gelama goreng



Menu ini kebanyakkan habis dimakan. Terdapat beberapa kes dimana ianya tidak mampu dihabiskan dan disimpan di peti sejuk untuk digunakan pada keesokan harinya.
KESIMPULAN
Terdapat beberapa jenis kategori barangan dalam kehidupan kita. Ada yang berbentuk kehendak, ada yang keperluan dan ada yang untuk kemewahan.
Dalam sudut makanan, ianya pada asasnya berbentuk keperluan namun boleh bertukar menjadi kehendak dan kemewahan pada masa tertentu.
Projek RM10 ini adalah untuk membantu mereka yang meletakkan makanan lengkap sebagai satu keperluan namun memiliki budget yang rendah dan terhad. Projek ini tidak dapat membantu mereka yang mempunyai selera atau kehendak mewah untuk makanan berkos tinggi.
Saya berharap saya dapat membantu golongan tertentu untuk menyusun budget mereka dan mencuba Projek 10 ini. Sejauh mana sekalipun kita tidak puas hati, kecewa dan dukacita, kita jugalah yang perlu bangkit dan menyelesaikan masalah yang ada
Semoga ada manfaat dari Projek tak seberapa ini
Love,
Credit to:SalwaSalleh.com

Tuesday, 17 September 2013

7 DAYS PLAN DETOX DIET cara kurus paling cepat dan paling jimat!!! Lost 5-6KG dalam seminggu tanpa ubat2an....

Selamat Pagi...

Hari ni lari topik sikit ye....

Biasa Bershaklee aje kita.... hari ni kita cerita pasal diet...DETOX DIET DALAM MASA 7 HARI!

Program ini direka untuk penurunan berat badan, sasaran dalam 5- 6kgs seminggu.Ia juga akan membantu memperbaiki sikap dan emosi anda kerana kesan pembersihannya sistematik .Keberkesanan rancangan 7 hari ini adalah makanan yang dimakan akan membakar lebih banyak kalori daripada jumlah kalori yang diberikan terhadap badan kita .
Pelan ini boleh digunakan sekerap yang anda suka tanpa rasa takut akan kesannya, kerana ia adalah natural.Ia direka untuk mengepam sistem anda daripada kekotoran dan memberi anda rasa kelegaan.Selepas 7 hari anda akan mula berasa lebih ringan sekurang-kurangnya 10 paun (<>4.5kg)Anda akan mempunyai banyak tenaga, pembuangan toksin dan sistem penghadaman yang lebih baik.




 

Dalam tempoh 7 hari pertama anda perlu minum 10 gelas air setiap hari.


 


HARI PERTAMA 
Boleh makan semua jenis BUAH-BUAHAN kecuali pisang. Hari pertama anda akan terdiri daripada semua buah-buahan yang anda mahu. Contoh yang dicadangkan anda mengonsumi lebih tembikai.
 

HARI KEDUA 
Semua sayur-sayuran. Anda digalakkan untuk makan sebanyak mungkin semua jenis sayur-sayuran dan pelbagaikan menu masakan baru pilihan anda. Tidak ada had ke atas amaun atau jenis sayuran. Cuma perlu elakkan atau kurangkan penggunaan minyak semasa memasak SAYUR-SAYURAN. Boleh mulakan sarapan pagi DAN  KENTANG REBUS BERSAIZ BESAR .
 

HARI KE-TIGA 
Apa saja menu campuran buah-buahan dan sayur-sayuran pilihan anda. tidak kira jumlah dan kuantiti. Elakkan pisang pada hari ketiga dan kentang. Jadi kata kunci hari ketiga HANYALAH SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN

 

HARI KE-EMPAT 
Pisang dan susu. Hari ini anda boleh makan sebanyak 8 BIJI PISANG dan minum 3 GELAS SUSU. Anda juga boleh mempunyai SEMANGKUK SUP SAYUR-SAYURAN. Bahagi2kanlah untuk setiap waktu makan semua menu yang dicadangkan, makan sekadar kenyang bukan makan sampai nak pecah perut ye..
 

HARI KE-LIMA 
Hari ini HARI RAYA!!. Anda boleh makan SECAWAN NASI. Anda juga perlu makan 6 BIJI TOMATO dan minum 12 GELAS AIR hari ini untuk membersihkan sistem badan anda kerana ia akan menghasilkan asid urik yang berlebihan.
 

HARI KE-ENAM 
Hari ini adalah satu lagi hari SAYUR-SAYURAN . Anda mesti makan SECAWAN NASI dan makan semua sayur-sayuran mengikut citarasa anda.

 

HARI KE-TUJUH 
Hari pengambilan makanan anda akan terdiri daripada SECAWAN NASI , JUS BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN namun berhati-hati dengan kuantiti yang anda ambil. Pagi esok anda akan dapat merasakan 5 hingga 8 kg. ringan daripada 7 hari yang lepas. Jika anda inginkan penurunan berat badan lagi, ulangi program seperti diatas. Anda boleh mengulangi program ini seberapa kerap yang anda suka, walau bagaimanapun, ia adalah disyorkan bahawa anda berehat selama 3 hari sebelum setiap pengulangan.
Sekarang sistem badan pun dah under-control pasti badan terasa sihat dan ringan dengan penyingkiran toksin. Adalah baik untuk mengikuti diet ini sekali-sekala untuk membersihkan sistem penghadaman dan membuang bahan-bahan toksik yang terkumpul dalam sistem badan anda.

NOTA TAMBAHAN
Elemen paling penting dalam program ini adalah 10 gelas air sehari (gelas besar). Anda juga boleh tambah perasa air dengan beberapa perahan limau untuk membuat minuman lebih sedap. Dalam program ini, anda hanya boleh mengambil kopi hitam tanpa gula (jika mahu) dan tidak lebih daripada satu sudu teh minyak masak dalam menu masakan. Sebaik-baiknya tidak menggunakan minyak kerana kandungan kalori yang tinggi. Tiada jus buah-buahan sebelum hari ke-tujuh.

Berikut adalah apa yang berlaku kepada badan anda semasa anda berada di program ini, bagaimana dan mengapa ia berfungsi.


Hari 1: Anda sedang menyediakan sistem anda untuk program yang akan datang. Satunya sumber pemakanan buah-buahan segar. Buah-buahan adalah makanan yang sempurna semula jadi. Mereka menyediakan semua yang anda mahu untuk mengekalkan kesihatan dalaman.

Hari 2: Bermula dengan menetapkan karbohidrat kompleks dalam bentuk kentang rebus. Ini diambil dalam bentuk kentang rebus dan diambil pada waktu pagi untuk memberikan tenaga dan keseimbangan. Sepanjang hari ini juga makanan terdiri daripada sayur-sayuran yang hampir-hampir bebas kalori dan menyediakan nutrien penting dan serat.

Hari 3: Menghapuskan kentang kerana anda mendapat karbohidrat dari buah-buahan. Sistem anda kini bersedia untuk mula membakar lemak berlebihan.hanya 4 hari sahaja lagi untuk menahan rasa lapar.


 

Hari 4 : Pisang dan susu. Anda berada dalam kejutan. Anda mungkin tidak akan dapat makan semua pisang dibenarkan. Tetapi pisang dan susu bertujuan memberi kalium dan natrium yang anda mungkin telah terlepas tiga hari lepas. Pada hari ini anda akan perlahan-lahan mengelakkan makan benda manis justeru anda akan terkejut melihat betapa mudah untuk anda menghadapi hari ini dan sekejap masa itu berlalu.

Hari 5: Nasi dan tomato. Nasi untuk karbohidrat dan tomato adalah untuk penghadaman dan gentian. Air yang banyak membersihkan sistem anda. Anda perlu notis wana air kencing hari ini. Jangan berasa anda perlu habiskan secawan nasi, anda mungkin juga boleh kurangkan. Tetapi WAJIB makan enam biji tomato.

Hari 6: Ia adalah sama dengan hari ke- lima. Vitamin dan serat daripada sayur-sayuran dan karbohidrat daripada nasi. Pada masa ini sistem badan lebih cenderung kepada penurunan berat badan. Akan ada perbezaan yang ketara jika anda melihat dan bandingkan dengan hari sebelum2nya.

Kopi dengan susu amat dilarang.Susu dan minyak menambah kalori kosong dalam diet anda.Peminat tegar kopi bolehlah bertukar kepada kopi hitam.Bagaimanapun, selepas minggu pertama, ia akan membantu pencernaan anda.
Kata kunci yang harus diingati ialah bahawa jika anda lapar pada bila-bila masa , maka anda tidak mengikuti diet yang betul.Hampir semua orang berputus asa dan akan makan apabila mereka lapar kerana berdiet.Rahsia program ini adalah bahawasanya anda tidak perlu lapar.
Jika ia adalah hari sayur-sayuran , makan banyak sayur-sayuran supaya anda tidak lapar.Jika ia adalah hari buah-buahan , makan banyak buah-buahan dan anda tidak akan berasa lapar.


Jangan memikirkan apa makanan yang kita ambil, mungkin kita rasa "Ala bosannya makan buah, makan sayur" tapi positifkan diri kita balik 'nak kurus aku mesti jaga pemakanan aku xapalah seminggu je' cuba fikirkan benda lain selain fokus kepada sayur dan buah yang kita ambil contoh: makan buah sambil berfacebook, blog, membaca dll...
makan dan buat aktiviti lain...kita yang set otak kita OKAY! 

KALAU ANDA BETUL2 FOLLOW JADUAL MAKAN INI KONFIM DALAM 3 HARI LOST 2KG.

In Shaa Allah...U ARE WHAT U EAT!